Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menegaskan cara menangani Covid-19 adalah lebih wajar dilakukan secara memutuskan rangkaian dengan penjarakkan fizikal.
Beliau menentang usaha tidak membenarkan bazar Ramadan dan peniaga kecil beroperasi kerana hal itu akan memburukkan kewangan golongan B40 yang sedia sukar menghadapi kemelesetan ekonomi.
Semalam, kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak membenarkan operasi bazar Ramadan di enam daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 8 Mei.
Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/740278676642192/