Audio 'budak kita': Pejuang Muda gesa Hamzah digantung tugas

KiniTV 2021-05-05

Views 1

Pergerakan Pemuda Parti Pejuang Tanah Air Negara hari ini mendesak agar Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin direhatkan atau digantung tugas susulan rakaman perbincangan pelantikan "budak kita" dalam pasukan polis.

Ketua Pejuang Muda, Abu Hafiz Salleh Hudin berkata, langkah itu akan memudahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis bagi membuat siasatan terhadap Hamzah.

Untuk rekod, Hamzah pada 30 April mengakui bahawa rakaman suara yang membincangkan pelantikan pegawai kanan polis sebagai miliknya.

Sumber video: https://www.facebook.com/pejuangmudaofficial/videos/4132854033461208

Share This Video


Download

  
Report form