Veteran tentera mahu bertanding 50 kerusi di PRU-15

KiniTV 2021-05-05

Views 1.9K

Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (Veteran) mengambil keputusan untuk turut serta bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) yang akan datang.

Menurut presidennya, Kapten Sharuddin Omar, keputusan itu diambil setelah Veteran mendapati kerajaan tidak memandang serius isu yang diketengahkan selama ini, serta terdapat kelemahan dalam menangani isu-isu rakyat.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Veterans’ March to Parliament (Veteran Berarak ke Parlimen) di Hotel Royale Chulan Damansara semalam.

Share This Video


Download

  
Report form