Selebriti Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai dalam masa terdekat berkaitan penularan video pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Ketua Polis Daerah Nilai Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman berkata pihak polis telah menjalankan siasatan berhubung penularan video itu yang mengaitkan artis tersebut selepas dipercayai berada di sebuah premis perniagaan karpet di kawasan Pusat Perniagaan Nilai 3 dekat Seremban, semalam.