Hakim perintah warga Nigeria dibebas, tangkapan tak ikut prosedur

KiniTV 2021-04-23

Views 1.7K

Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Jabatan Imigresen melanggar Perlembagaan Persekutuan dan prosedurnya sendiri dalam kes warga Nigeria, Simon Momoh.

Ini kerana jabatan itu terus menahan Momoh walaupun tidak membawanya ke hadapan majistret dalam masa 14 hari setelah penahanannya atau mendapatkan perintah reman.

Terdahulu, Momoh yang memiliki dokumen sah serta visa jangka panjang ditahan Jabatan Imigresen selepas menjalani hukuman penjara sehari kerana memandu bawah pengaruh alkohol.

Share This Video


Download

  
Report form