'Kesan buruk darurat semakin hari semakin jelas' - Khalid Samad

KiniTV 2021-04-20

Views 951

Pengerusi Jawatankuasa Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Khalid Samad berharap permohonan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong dapat diberi pertimbangan.

Pengarah Komunikasi Amanah itu mendakwa pengisytiharaan darurat telah membawa kesan buruk daripada pelbagai sudut terutama ekonomi dan kestabilan politik.

Terdahulu Khalid bersama bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Amanah Mohamad Sabu masuk ke Istana Negeri pada jam 3.15 petang untuk memohon menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memperkenankan penamatan darurat.

Share This Video


Download

  
Report form