DAP dahulu memang pernah menjadi parti ekstrem dengan tuntutan yang terlalu berkiblatkan orang Cina, tetapi kini, kata Dr Mahathir Mohamad, tidak semua ahlinya bersikap sebegitu lagi.
Bercakap dalam wawancara bersama KiniTV pada Rabu lalu, bekas perdana menteri itu menekankan bahawa ada sebahagian ahli DAP masih “sangat ekstrem”, sehingga tidak mahu bertolak ansur dan menyesuaikan diri dengan orang lain.