Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong berkata lebih 7,525 kes kemalangan jalan raya dilaporkan sepanjang tempoh sembilan bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
Katanya daripada jumlah itu 2,576 kes kematian membabitkan penunggang motosikal dan dua pertiga daripadanya adalah mereka yang berkhidmat dalam p-hailing.
Katanya, jumlah itu sangat membimbangkan terutamanya ketika pelaksanaan PKP kerana ketika itu tidak ramai pengguna jalan raya dan sepatutnya kemalangan tidak seharusnya berlaku.