Timbalan Menteri Sumber Manusia Awang Hashim berkata kerajaan memandang serius mengenai insiden di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bulan lepas.
Katanya insiden tersebut masih dalam siasatan dan jika dapati ada perlanggaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP), pihak Jabatan KKP (JKKP)tidak akan teragak-agak membawa mereka ke mahkamah.
Dalam insiden 22 Mac lepas, tiga buruh asing maut, manakala seorang cedera selepas struktur kren di tapak projek pembinaan SUKE, terjatuh dan menghempap sebuah kereta di Alam Damai, Cheras.