Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong menegaskan kerajaan persekutuan berhasrat untuk "meneruskan" fasa terakhir projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dan berharap semua kerajaan negeri akan bersetuju.
Menteri itu juga mengatakan jajaran baru, iaitu Temerloh-Bentong-ITT Gombak-Serendah Baru-Puncak Alam-Kapar-Jalan Kastam Pelabuhan Klang-Northport / Southport adalah pilihan terbaik dan akan "menguntungkan" Selangor.