Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa berkata, beliau menganggap poster yang memfitnah dirinya hari ini sebagai sebagai satu perkara yang biasa dihadapinya.
Terdahulu beredar poster yang dihiasi wajah Annuar yang mendakwa beliau pengkhianat Umno kerana "merasuah perwakilan" untuk menyokong usul agar Umno menjadi "kuda tunggangan" kepada Bersatu.