Presiden mempunyai hak dan kuasa untuk menentukan senarai pembahas dalam Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020), kata bekas presiden parti Najib Razak.
Najib berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan bekas Setiauasaha Agung Umno, Annuar Musa bahawa PAU 2020 sudah pun ditentukan dari awal, termasuk senarai pembahas sehinggalah keputusan yang dicapai Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini.