Wanita Umno hari ini menyatakan sokongan kepada keputusan Majlis Tertinggi sebelum ini untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Dap dan PKR dan juga memutuskan hubungan dengan Bersatu menjelang PRU-15.
Ketuanya, Noraini Ahmad juga berkata mereka mengakui sukar untuk Umno dan Bersatu menjalinkan kerjasama kerana pertembungan kepentingan kuasa dan politik.