Agak terlalu awal untuk mengatakan ada perjanjian atau persefahaman antara Umno dan PKR walaupun telah membuat perbincangan tidak rasmi, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Beliau juga berharap pimpinan PKR dapat menjelaskan kepada akar umbi supaya tidak mengandaikan seolah-olah sudah terdapat persefahaman rasmi antara dua parti.