Menteri Besar Perak Saarani Mohamad mengakui tiada kerajaan negeri yang sempurna dan bebas daripada sebarang kelemahan.
Bagaimanapun katanya, kelemahan sesebuah pimpinan kerajaan negeri tidak seharusnya dijadikan modal fitnah oleh pembangkang untuk memperdayakan rakyat.
"Saya pernah jadi ketua pembangkang, jadi ketua pembangkang lagi seronok boleh balun sesiapa sahaja dalam negeri"
"Bila jadi kerajaan, kita tahu banyak benda kena buat," katanya dalam sesi 'Moh Mengopi Bersama MB' yang disiarkan secara langsung di Umno Online.
Sumber video: https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia/videos/265808291790619