Ketua Polis Negeri (CPO) diarah untuk memperketatkan pemeriksaan di sekatan jalan raya di sempadan negeri susulan terdapat kelonggaran perintah rentas negeri di beberapa negeri, kata Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador hari ini.
Menurutnya, beliau telah menerima beberapa aduan mengenai sekatan jalan yang dilakukan secara sambil lewa selepas PKP ditarik semula pada 4 Mac lalu.