Kenyataan Zahid, Anwar sama 'Bukan isu besar, media yang besarkan'

KiniTV 2021-03-09

Views 982

Ahli Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan kenyataan media yang dikeluarkan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang mempunyai persamaan pada minggu lalu sebagai 'bukan isu besar'.

Menurutnya, ada masalah yang lebih besar perlu dibincangkan di antara presiden-presiden parti komponen BN berbanding isu tersebut.

Minggu lalu Setiausaha Agung BN, Annuar Musa mendakwa Umno berada di bawah pengaruh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim berikutan kenyataan yang sama dikeluarkan oleh kedua-dua gabungan parti itu.

Share This Video


Download

  
Report form