Unit Pemusnah Bom (UPB) Kontinjen Johor bersama Sub Unit UPB Ibu Pejabat Polis Daerah (IPK) Johor memusnahkan bom lama di Tebing Sungai Sebana, Jalan Penebok, Pengerang, Johor, semalam.
Bom tersebut adalah Unexploded Ordnance (UXO) jenis Shell 135mm sebanyak satu butir, Shell 40mm sebanyak 21 butir dan mechanical fuse head sebanyak dua butir.
Penemuan UXO di tempat kejadian adalah hasil daripada tindakan flushing dengan menggunakan alat pengesan logam.
Tindakan pemusnahan In Situation (In-situ) telah dijalankan dengan menggunakan teknik High order melalui kaedah elektrik.
Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=260442265488565