Pemimpin-pemimpin parti dalam kerajaan Perikatan Nasional berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan mendalam mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat serta pengurusan pandemik Covid-19 di negara ini, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Kerajaan Perikatan Nasional (PN) petang semalam berkata antara yang turut dibincangkan adalah pelan imunisasi vaksin yang akan bermula bulan depan.