Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi disahkan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19 meskipun ada bertemu dengan Anggota Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, yang diuji positif Covid-19 semalam.
Mesyuarat Isnin lalu turut disertai bekas presiden Umno, Najib Razak yang juga memberitahu ujiannya menunjukkan keputusan negatif.