Penganjur tak berhasrat batal acara ratu cantik Miss_Mrs Plus

KiniTV 2020-12-22

Views 788

Penganjur pertandingan ratu cantik Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 (MPWM 2020) tidak akan membatalkan acara kemuncak program tersebut yang dijadual 2 Jan depan kecuali selepas mendapat arahan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.

Pengarah Eksekutif Nasional MPWM 2020, Ziinine A. Britshi berkata demikian selepas Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan PAS menggesa agar acara ratu cantik yang mengetengahkan wanita bersaiz besar itu dibatalkan.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/556090

Share This Video


Download

  
Report form