PKPB dilanjutkan di Selangor, Kuala Lumpur sehingga 31 Disember

KiniTV 2020-12-18

Views 757

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor dan Kuala Lumpur yang tamat Ahad ini akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun menurut Ismail, tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor dikecualikan daripada perintah itu.

Selain itu, PKPB turut dilanjutkan di Sabah dan daerah Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan sehingga tarikh yang sama.

Share This Video


Download

  
Report form