Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata dengan nada yang bergurau iaitu sekiranya ahli-ahli parlimen menyokong beliau untuk menjadi perdana menteri semula, beliau akan menjadi perdana menteri esok.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan media sewaktu mengadakan sidang media di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur hari ini.
Terdahulu Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi berdepan kemungkinan akan jatuh sekali lagi jika pengundian kali ketiga Belanjawan 2021 gagal mendapat sokongan majoriti esok, kata Dr Mahathir Mohamad.