Juara GV7 Cliff Umar ulas status dua isteri, mohon maaf terlepas cakap pelitup muka ‘irritating’

mStar Malaysia 2020-12-14

Views 13

Cliff Umar menjelaskan dia tidak mempunyai dua orang isteri sebaliknya pernah berkahwin sebelum ini.

Bagaimanapun, Cliff berkata, hubungannya dengan bekas isteri sebelum ini tetap baik demi membesarkan tiga cahaya mata.

“Isteri pertama memang ex-wife, tapi kami sangat rapat sampai hari ini kerana kami ada tiga anak bersama.

“Dan isteri baharu saya sangat okay dengan perkara ini, persahabatan yang terjalin antara kami sangat baik demi anak-anak,” ujarnya mStar.

Cliff menjelaskan perkara itu berikutan ramai yang keliru dengan status rumah tangganya. Ada yang beranggapan vokalis Projek Pistol ini mempunyai dua orang isteri.

Cliff ditemui pada sidang media Gegar Vaganza musim ke-7 akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada malam Ahad.

Menjawab tentang isu tidak sensitif berikutan terlepas cakap tentang pelitup muka 'irritating' (menganggu) ucapan kemenangannya, Cliff mengakui ia berlaku secara tidak sengaja kerana terkejut selepas diumumkan pemenang GV.

Vokalis kumpulan Pistol ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.

Share This Video


Download

  
Report form