2,742 rakyat Malaysia dipenjara di luar negara, separuh kesalahan dadah

KiniTV 2020-12-09

Views 1

Seramai 2,742 rakyat Malaysia masih merengkuk di dalam penjara beberapa negara seluruh dunia kerana melakukan pelbagai kesalahan.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, daripada jumlah itu, rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan dadah adalah paling ramai dengan 1,434 orang yang masih menjalani hukuman.

Menurutnya, bagi kesalahan lain, rakyat Malaysia turut ditahan kerana kesalahan membabitkan penipuan seramai 406 orang, kad kredit palsu (132), kastam (89) dan imigresen (66).

Kamarudin berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) yang mahu mengetahui status terkini bilangan rakyat Malaysia yang dipenjarakan di luar negara dan apakah usaha Kementerian Luar Negeri (KLN) untuk membantu mereka.

Share This Video


Download

  
Report form