Kelmarin Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan tidak akan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di beberapa negeri, kecuali untuk beberapa kawasan selepas ia berakhir semalam.
Bermula hari ini juga, rentas daerah dan negeri tidak lagi dilarang kecuali bagi kawasan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Hari ini KiniTV melakukan tinjauan suara di hentian Rehat dan Rawat (R&R) bagi mendapatkan maklum balas orang ramai mengenai kebenaran ke rentas negeri ini.