Parti Amanah hari ini menggesa kerajaan Perikatan Nasional untuk memboikot Ekspo 2020 Dubai yang akan turut disertai oleh Israel bagi menunjukkan sikap menolak kerjasama bersama Israel secara konsisten dan tegas.
Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Amanah Negara, Salahuddin Ayub juga mahu Presiden PAS yang juga Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang untuk mendesak kerajaan untuk memboikot Ekspo 2020 Dubai.