Belanjawan 2021_ Kemenangan buat PN dalam undi belah bahagi pertama

KiniTV 2020-11-30

Views 4.3K

Kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 semakin hampir apabila Dewan Rakyat meluluskan peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri di peringkat jawatankuasa hari ini.

Hasil pengundian menyaksikan 105 ahli parlimen menyokong peruntukan, 95 ahli pembangkang menentang manakala 20 ahli parlimen tidak hadir.

Terdahulu, Ketua Whip PKR Johari Abdul mencadangkan undi belah bahagi selepas tamatnya perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form