Selepas lebih setahun pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, bapa arwah yang juga pelawak veteran AR Badul tampil menuntut haknya sebagai salah seorang waris. Menurut Badul atau Armaya Aman Ramlie, 71, dia kesal apabila haknya sebagai bapa dinafikan tanpa penjelasan munasabah.