Covid-19: 970 kes baru, Negeri Sembilan pula mendahului

KiniTV 2020-11-25

Views 498

Jangkitan Covid-19 di Malaysia hari ini berkurangan daripada empat digit kepada tiga digit dengan catatan 970 kes baru,. Ini berbanding 2,188 kes semalam dan 1,884 kes pada Isnin lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Negeri Sembilan merekodkan angka tertinggi pada 318 kes.

Setakat tengah hari ini, jumlah kes aktif di Malaysia adalah sebanyak 12,971 kes.

Dr Noor Hisham turut mengumumkan Malaysia sekali mencatatkan jumlah kes sembuh tertinggi pernah direkodkan iaitu 2,348 kes.

Empat lagi kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian mencecah 345 kes.

Share This Video


Download

  
Report form