Kementerian Kesihatan Malaysia mengalu-alukan keputusan pengisytiharan darurat di kawasan Parlimen Batu Sapi bagi mengelakkan pilihan raya kecil yang dijadualkan berlangsung dua minggu lagi.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengulas soalan media sekiranya beliau sedikit 'lega' selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk pengisytiharan darurat di Batu Sapi, Sabah.