Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir mencadangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilakukan bagi membolehkan pilihan raya ditangguhkan atas dasar keselamatan dan kesihatan rakyat ketika negara berdepan pandemik Covid-19.
Dalam sesi perbahasan hari ini, bekas menteri besar Kedah itu berkata untuk tujuan itu satu usul secara rasmi akan dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat.