'Apa tindakan kerajaan ambil untuk bawa pulang Jho Low_' - soal Gobind

KiniTV 2020-11-18

Views 1

Wakil rakyat DAP hari ini mempersoal tindakan kerajaan dalam membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jow atau Jho Low yang terkait dengan skandal 1MDB.

Gobind Singh Deo (PH- Petaling Jaya), berkata dalam situasi sukar ketika ini adalah penting untuk kerajaan membawa pulang kembali harta dan wang negara.

Oleh itu dia menuntut kerajaan suapaya memberi penjelasan terhadap usaha membawa pulang individu berkenaan dan juga wang negara yang dilarikan.

Semalam, Jho Low mendakwa telah mencapai persetujuan untuk menjual asetnya dan menyelesaikan tuntutan mahkamah 1MDB dengan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat tetapi pentadbiran perdana menteri ketika itu, Najib Razak tidak mahu mendedahkan dokumen yang boleh membabitkan dirinya.

Share This Video


Download

  
Report form