Ahli parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik mencadangkan pelajar-pelajar yang menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sebelum ini di sekolah masih menerima bantuan itu dengan menghantar makanan terus ke rumah mereka.
Kata bekas menteri pendidikan itu, hal ini boleh dilakukan dengan mengupah pengusaha kantin melakukannya di samping mereka juga boleh menjana pendapatan dari kerajaan.
Beliau berkata demikian dalam perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.