Suhakam: Bebaskan banduan dagang, tahanan reman jenayah kecil

KiniTV 2020-11-12

Views 293

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa kerajaan mempertimbangkan untuk membebaskan tahanan yang masih dalam proses reman berkaitan jenayah kecil, jenayah tanpa kekerasan dan penagihan dadah sebagai langkah mengurangkan risiko wabak Covid-19 di penjara yang sesak.

Menurut Pesuruhjaya Suhakam Jerald Joseph, ini termasuklah "banduan dagang", iaitu warganegara asing yang ditahan di penjara sementara menunggu pengusiran pulang ke negara asal mereka.

Jerald berkata demikian dalam satu sidang media melalui aplikasi Zoom hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form