Ketika pembentangan Belanjawan 2021 semakin hampir, Parti Muda di bawah pimpinan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak ketinggalan menyatakan 10 cadangan mereka dalam Belanjawan 2021.
Antaranya, Muda mahu tempoh moratorium pinjaman dan skim subsidi gaji oleh kerajaan dilanjutkan sehingga Jun 2021.
Selain itu, Muda juga mencadangkan geran tambahan dan pelepasan cukai untuk syarikat yang menggajikan pekerja tempatan atau graduan baru serta syarikat yang berusaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Muda mengesyorkan skim "1 keluarga, 1 komputer riba" yang melibatkan komputer percuma dan elaun RM1,000 untuk setiap keluarga untuk tujuan e-pembelajaran.
Parti ini juga mencadangkan agar setiap pelajar universiti dibayar RM50 setiap bulan untuk tujuan e-pembelajaran dalam jangka masa 6 bulan.
Sumber video: https://twitter.com/partimuda/status/1324353199449407489