Menteri- Majlis akad nikah di masjid terhad kepada 30 jemputan

KiniTV 2020-11-05

Views 247

Hanya 30 orang jemputan dibenarkan untuk hadir ke majlis akad nikah dengan penjarakan satu meter bergantung kepada keluasan premis yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, premis itu merangkumi pejabat agama dan juga masjid terpilih oleh jabatan itu.

Dr Zulkifli mengumumkan perkara itu dalam sidang media Garis Panduan Majlis Akad Nikah dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Peluasan Kapasiti Solat Jumaat, hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form