Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Kepayan dan Kuarters Penjara Taman Mat Salleh, Sabah selama 14 hari, iaitu mulai 3 November hingga 16 November.
Ini susulan jumlah kes jangkitan yang masih tinggi di kedua-dua kawasan tersebut.