2,000 CCTV akan dipasang seluruh Selangor untuk pantau keselamatan

KiniTV 2020-10-30

Views 4

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan sebuah pusat kawalan Smart Selangor C5i Centre, ataupun 'Command, Control, Communications, Computer, Collaborative and Intelligence Centre' sedang dalam peringkat akhir pembinaan.

Sehubungan itu, 2,000 unit CCTV akan dipasang di seluruh negeri dengan projek rintis 100 unit di kawasan pusat bandar Shah Alam untuk mewujudkan konsep Smart Selangor Safe City yang akan memantau keselamatan awam, taman awam dan lalulintas secara real-time sepanjang masa.

Amirudin mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Belanjawan 2021 negeri Selangor.
.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=OYCgQ0zELxI&feature=emb_logo

Share This Video


Download

  
Report form