Polis Daerah Petaling Jaya sedang menggerakkan kempen 'Keep PJ Safe' bagi memastikan penduduk di Petaling Jaya hanya keluar rumah jika ada keperluan ketika negara masih menghadapi cabaran pandemik Covid-19.
Golongan selebriti juga tidak ketinggalan mendukung kempen tersebut, antaranya Soo Winci, Ameng Spring, Rahim Sepahtu, Rudy Kristal dan juga Chef Zam.