Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia dan ahli parlimen Padang Besar, Zahidi Zainul Abidin hari ini berkata bahawa ahli-ahli parlimen BN bersetuju bahawa pilihan raya merupakan cara yang terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negara ini.
Zahidi turut menegaskan bahawa pandangan majoriti ahli-ahli BN jelas bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim dan DAP.
Selain itu katanya, isu jawatan ahli parlimen Umno dalam kabinet dan lembaga pengarah kementerian turut dibincangkan dan perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam ini.