Menteri-menteri kabinet yang baru selesai menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pagi ini di Putrajaya tiba di PWTC untuk mesyuarat khas ahli-ahli parlimen Barisan Nasional.
Antara yang sempat dirakam adalah Menteri Luar Hishamuddin Hussein, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.