PKR arah anggota tidak berhimpun esok

KiniTV 2020-10-12

Views 1.9K

PKR tidak akan mengadakan sebarang perhimpunan esok ketika Presiden PKR, Anwar Ibrahim dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta anggota parti itu tidak berhimpun di mana-mana lokasi terutama di jalan-jalan utama menuju Istana Negara.

Saifuddin juga memohon semua rakyat Malaysia bertenang ketika majlis mengadap itu berlangsung, termasuk jika berlaku sebarang proses selepas itu.

Share This Video


Download

  
Report form