Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri berkata Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Felda Umas, Tawau, Sabah akan berkuatkuasa jam 12 tengah malam ini sehingga 26 Oktober 2020.
PKPD ini akan melibatkan 800 buah rumah dengan penduduk seramai 17,549 di kawasan tersebut.
Katanya, penduduk juga tidak dibenarkan keluar rumah masing-masing.
Beliau berkata demikian dalam sidang media PKPP hari ini.