PAS ajak semua parti dalam kerajaan Sabah 'teroka jalan damai'

KiniTV 2020-10-09

Views 1.7K

PAS berkata semua pihak perlu "meneroka" langkah mendamaikan pelbagai kumpulan yang tidak sependapat dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ketika ini.

Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata ia merupakan tugas sebuah "kerajaan yang bertanggungjawab".

Kenyataan itu dibuat sebagai mengulas rasa kurang senang parti komponen GRS terhadap pelantikan seorang pemimpin PAS ke dalam DUN Sabah yang diumum kerajaan negeri semalam.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/545839

Share This Video


Download

  
Report form