Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed menyatakan bahawa kenyataan pemimpin Bersatu, Mohamaddin Ketapi akan diambil dalam masa terdekat di Sabah.
Bekas menteri pelancongan seni dan budaya itu mencetuskan kontroversi apabila dia dilaporkan mendakwa pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada 2013 hanya satu 'sandiwara'.