Pengacara terkenal program berita 'Mata Najwa', Najwa Shahib malam tadi mengadakan 'wawancara' dengan sebuah kerusi selepas Menteri Kesihatan negara itu, Terawan Agus Putranto menolak undangannya untuk membincangkan situasi Covid-19 di republik itu.
Tindakan itu dibuat selepas Terawan berkali-kali menolak undangan Najwa ke rancangan itu.
Rakyat republik itu sebelum ini sering mempersoalkan ketelusan dan kebertanggungjawaban kerajaan Indonesia dalam menangani wabak itu yang ketika ini mencatatkan lebih 270,000 kes positif dengan lebih 10 ribu kematian.