Dengan ada masa berbaki dua jam lagi sebelum pusat-pusat mengundi di Sabah ditutup, Presiden Warisan Shafie Apdal merayu kepada rakyat Sabah yang masih belum keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.
Setakat jam 1 petang tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan jumlah pengundi yang keluar mencecah 48 peratus.