Pengumuman Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baru bukan sahaja mengejutkan lawannya tapi juga sekutunya.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa dia ketika itu beranggapan Anwar telah berjaya meyakinkan GPS untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.
"Saya hanya ingin mengatakan ini - Kami menjangkakan ia adalah GPS. Ketika (orang) bercakap mengenai pihak lain, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka," katanya kepada Malaysiakini.
Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/543815