Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan kenyataan ketua menteri sementara Sabah, Mohd Shafie Apdal yang mahu kerajaan mengadakan rundingan dengan Filipina untuk menyelesaikan isu tuntutan negara itu terhadap Sabah.
Kata Ismail, sekiranya rundingan itu dibuat ini menunjukkan kerajaan negeri Sabah mengiktiraf tuntutan dibuat negara itu.
"Kalau hak kita mana boleh kita berunding dengan sesiapa sahaja?"
"Ketua menteri yang pengecut seperti ini jangan kita benarkan memerintah Sabah untuk seterusnya," katanya ketika berucap di program ramah mesra BN di Tanjung Aru, Sabah malam tadi.
Sumber video: https://www.facebook.com/watch/live/?v=756372981822904&ref=search